Banner
Banner & Bunting – Perbezaan
This is my site Written by zaira on 27/04/2010 – 2:01 pm

Salam..

Mungkin ada yang agak keliru dengan perbezaan antara “Banner” dan “Bunting” (disebut “banting”).  Untuk makluman, perbezaan antara kedua-duanya adalah seperti berikut:

  • Banner : kedudukan melintang
  • Bunting : kedudukan menegak

Sebagai panduan, saiz Bunting yang selalu ditempah ialah (selalunya digunakan utk pameran / booth):

  • 2ft x 4ft
  • 2ft x 5ft
  • 2ft x 6ft

Selain itu, anda juga boleh memilih “finishing” berikut untuk membantu anda meletakkan banner/bunting tersebut:

  • kayu + dawai : selalunya digunakan untuk “outdoor”.
  • PVC pipe + tali : lebih sesuai untuk “indoor”, diletakkan di khemah booth / pameran.
  • Eyelet (tebuk lubang) + tali
  • Bunting stand : ada beberapa jenis stand.. boleh email kepada saya untuk maklumat lanjut.

Material yang saya gunakan untuk bunting/banner ialah “Tarpauline”. Sekiranya anda ingin melihat contoh material tersebut, boleh la berikan nama serta alamat anda dan saya akan poskan – penghantaran menggunakan pos biasa.. jadi, mungkin akan mengambil masa untuk terima.

PENGUMUMAN

Saya akan bercuti dari 30 April 2010 (Jumaat) sehingga 3 Mei 2010 (Isnin). Saya memohon maaf sekiranya tidak dapat / lambat menjawab sebarang persoalan yang diutarakan.

Selamat menyambut Hari Pekerja..

Terima kasih.. :)

zairaidris

Leave a Reply