Banner
Kad Jemputan Majlis Harijadi
This is my site Written by zaira on 22/01/2010 – 11:20 am

Salam..

Hmm.. pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas soalan yg ditujukan melalui email atau chatbox.. sebenarnya, saya baru sahaja sampai dari kelantan.. bertolak ke sana pada tengahari selasa, dan bertolak balik semula ke sini pada petang rabu.. sangat penat dan badan pun sakit-sakit akibat perjalanan yang agak panjang.. meriba anak kecil sepanjang jalan.. tak boleh banyak bergerak untuk membetulkan aliran darah..

Ok.. kembali ke tajuk asal..

Kad jemputan di atas dibuat untuk Pn Erni bagi menjemput tetamu ke majlis harijadi anak beliau.. Dah agak lama sebenarnya kad ni dibuat.. tahun lepas lagi.. hehhe.. sekarang baru nak publish..

Kepada Pn Erni dan keluarga, jutaan terima kasih saya ucapkan..

Kepada Aliya Maisarah, semoga menjadi anak yang solehah..

Terima kasih…

zairaidris

Leave a Reply