Written by zaira on 11/01/2010 – 10:55 am
Salam..
Tempahan ini dibuat oleh Pn. Saliza daripada Muna Asy Syifa’ yang merupakan stokis utama bagi produk Jamu Muna Asy Syifa’. Produk beliau diperbuat daripada bahan-bahan tradisional dan asli serta bermutu tinggi. Kepelbagaian produk untuk pelbagai peringkat usia, dari set seri pengantin sehingga set lengkap bersalin.. semuanya terdapat di bawah satu bumbung. Harga yang ditawarkan agak murah berbanding jamu lain yg berada di pasaran.

Beliau meminta saya untuk membuatkan kad nama yang sangat simple menggunakan tema hijau dan putih..
dan untuk brochure juga, konsep simple agar tak nampak terlalu semak.. disebabkan jumlah produk yang ingin dimasukkan agak banyak..


Terima kasih..
