Salam Aidilfitri
Written by zaira on 17/09/2009 – 9:14 pm
Salam..
Sewaktu menulis entry ini, saya telah pun berada di kampung selama lebih kurang 5 hari. Tempahan untuk design dan printing sudah pun ditutup buat masa sekarang. Akan dibuka semula pada 28/09/09.
Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelawat / pelanggan zairaidris.com .. Mohon maaf andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, tak kena di mata. Semoga anda semua gembira menyambut Aidilfitri ini dengan keluarga tersayang. Bagi yang balik ke kampung, harap berhati-hati semasa memandu dan didoakan agar selamat sampai ke destinasi.
Terima kasih..
