Banner
^Risau^
This is my site Written by zaira on 17/07/2009 – 1:12 am

Salam..

Hari ni, masuk hari ke-2, anak saya, Aqilah yang baru berusia 2 tahun demam.. alhamdulillah, tadi selepas dipaksa makan ubat, badannya dah agak kebah.. harap-harapnya esok hari, sembuhla dia dari demam..

Penat? Memang la penat.. Anak yang tak sihat ni, manjanya terlebih.. hendak didukung.. sentiasa tidur di atas riba.. Tapi, perasaan risau tu melebihi dari rasa penat.. dan, pada saat seperti ini, kerja semua ditolak ke tepi.. email terbiar lambat dibalas.. kat YM tu, ada yang kurang sabar, “buzz” berkali-kali.. hmm.. ding dong le 10 kali pun.. PC saya takde speaker… hehehe.. :D

Dan.. pada masa-masa yang seperti ini juga lah tersangatlah berharap agar ayat-ayat seperti “nak meniaga ke tak nak ni” atau pun “saya nak awak siapkan sekarang juga” tidak hadir menyinggah di mata (alhamdulillah dalam 2 hari ni tak de dapat lagi.. kalau dapat pun, apa boleh buat.. telan je la.. ini jalan yang kupilih.. :D ).. Saya mula berniaga sebelum ni pun di www.wanitamelayu.com – tempat dimana kebanyakan wanita menjadikan perniagaan sebagai kerjaya ke-2.. kerjaya pertama mereka - sama ada bekerja makan gaji atau pun suri rumah sepenuh masa.. jadi, masing-masing sudah faham bahawa keluarga adalah nombor 1.

Jadi, saya mohon maaf kepada customer yang menghantar mesej / email dan saya lambat atau belum dapat membalasnya.. insyaAllah saya akan cuba reply secepat dan sebaik mungkin..

terima kasih..

zairaidris

Posted in  

One Response »

  1. Semoga Aqilah cepat-cepat sembuh.

Leave a Reply