Banner
^Entry Pertama^
This is my site Written by zaira on 11/06/2009 – 1:40 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan membuat kerja-kerja design dan printing secara sambilan dari rumah. Saya telah menjalankan perniagaan perkhidmatan ini secara sambilan selama lebih kurang 2 tahun. Sebelum ini, saya hanya memperkenalkan perkhidmatan saya dengan membuka kedai berbayar dalam beberapa forum. Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diterima agak menggalakkan.

Dalam blog ini, anda akan disajikan dengan pengenalan kepada produk / design yang pernah dibuat oleh saya. Produk tersebut terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  1. Khidmat Design dan Percetakan – Business Card, Flyers, Paper Bag, Brochure, Pre-inked Stamp dan lain-lain.
  2. Door Gifts and Souvenirs – Towel, Non-Woven Bag, Cap, Pen dan lain-lain.

Kepada pengunjung yang sudi melawat dan membaca blog saya ini, jutaan terima kasih diucapkan. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di bahagian “Comment”. Matlamat saya bukan sahaja ingin berniaga semata-mata. Saya senang sekiranya sambil berniaga, saya dapat meluaskan rangkaian sahabat di alam maya ini.

Terima kasih.. :)

zairaidris

Posted in  

Leave a Reply